|
Ramai ahli perniagaan putus asa dalam usaha untuk memajukan perniagaan mereka. Bila ditanya kenapa, mereka
akan menjawab:
- Saya kekurangan modal, cukuplah setakat yang ada.
- Nak buat pinjaman bank tapi tiada cagaran (harta) untuk dicagarkan
- Saya tak pandai macam mana nak buat rancangan perniagaan (business plan) untuk permohonan pinjaman bank saya.
- Saya pening kepala dengan kehendak pihak bank. Macam-macam dokumen yang ‘memeningkan kepala’
dia orang minta, unjuran akan datanglah, penyata aliran tunailah.
- Saya bukan akauntan dan tak ada akauntan nak siapkan semua benda-benda tu.
- Saya dah malas nak turun naik tangga jumpa orang bank, asyik-asyik dukacita sebab tidak memenuhi kriteria..
- Kalau dapat pinjaman pun, saya takut saya tak boleh bayar balik pinjaman saya. Nanti saya juga yang susah.
Bagi menyediakan sesuatu permohonan pinjaman bank, MEMANGLAH memerlukan masa yang agak
panjang dan amat menyulitkan, kadang-kadang membosankan serta boleh mendatangkan perasaan mahu mengalah. Anda tidak perlu
melalui semua itu. Itu semua sudah menjadi asam garam kami. Di Prime Global Consultants, kami mempunyai ramai perunding kewangan
atau perunding pinjaman berpengalaman bagi mencari ALTERNATIF kepada kesemua JAWAPAN di atas. Biar kami bantu anda kerana
itu kepakaran kami. Anda cuma jawab YA kepada 3 soalan mudah di bawah:
- Adakah syarikat anda sudah beroperasi sekurang-kurangnya selama 6 bulan?
- Adakah pemegang saham rakyat Malaysia menguasai sekurang-kurangnya 51% daripada keseluruhan saham syarikat
anda?
- Adakah jualan terkumpul syarikat anda untuk 6 bulan terakhir melebihi RM250,000?
Maka, YA! Permohonan pinjaman Syarikat anda LAYAK untuk dipertimbangkan!
Secara ringkasnya, kami bukan sekadar membantu anda mendapatkan pinjaman dengan penyediaan dokumen
yang selengkap-lengkapnya seperti yang dikehendaki oleh institusi kewangan, tetapi kami juga memberi khidmat nasihat agar
anda dapat menyempurnakan tanggungjawab anda untuk membayar balik pinjaman anda dengan selesa dan tidak membebankan. Dengan
kata lain, kami akan mengajar anda strategi mudah untuk membayar balik pinjaman anda. Bukan setakat itu, kami tidak
akan biarkan anda selepas itu. Kami akan pantau syarikat anda dari masa ke semasa. Kami akan pastikan syarikat anda berjaya
dan kami tumpang gembira.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:
(dokumen minima untuk penilaian percuma)
untuk PEMILIK TUNGGAL dan SYARIKAT PENGKONGSIAN:
- Penyata bulanan akaun semasa syarikat untuk 6 bulan terakhir daripada SEMUA bank yang syarikat mempunyai
akaun semasa.
- Pendaftaran Perniagaan: Borang A & D, or B & D, untuk pemilik tunggal atau rakan kongsi.
- Akaun yang disahkan untuk tahun terakhir (sekiranya ada).
- Akaun Kewangan Syarikat (company’s management accounts) yang terkini
- Salinan semua Surat Tawaran kemudahan perbankan, jika ada.
- Kad perniagaan seorang kakitangan pengurusan penting dalam syarikat.
untuk SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD:
- Penyata bulanan akaun semasa syarikat untuk 6 bulan terakhir daripada SEMUA bank yang syarikat mempunyai
akaun semasa.
- Akaun kewangan / Akaun Beraudit untuk tahun terakhir (sekiranya ada).
- Akaun Kewangan Syarikat (company’s management accounts) yang terkini
- Salinan semua Surat Tawaran kemudahan perbankan, jika ada.
- Kad perniagaan seorang kakitangan pengurusan penting dalam syarikat.
PERNIAGAAN ANDA, RISIKO ANDA DAN KEUNTUNGAN ANDA . Kami di PGC, membantu anda meminimakan risiko dan memaksimakan keuntungan.
Jadi, apa tunggu lagi! Langkah bijak anda seterusnya, ber-bincanglah dengan kami. Sila berhubung
dengan kami di:
PRIME GLOBAL CONSULTANTS
perunding pinjaman berdaftar (authorized loan consultants)
13, Jalan P8 B/2, Presint 8
62500 Putrajaya
Tel/Fax 03-8888 0077
Email addresses:
Customer service/Information: pgc007@gmail.com
|